Siakap Keli
Gambar Via CNN

Catat Sejarah Baharu, Pesawat Airbus Pertama Dilapor Berjaya Mendarat Di Antartika

Pertama kali dalam sejarah, pesawat Airbus A340 dilaporkan telah mendarat di Antartika pada 2 November lalu.

Memetik laporan CNN, pesawat milik syarikat Hi Fly itu telah berlepas dari Cape Town, Afrika Selatan.

Difahamkan, pesawat itu telah ‘ditugaskan’ untuk membawa bekalan yang diperlukan di resort yang menjadi lokasi kem Wolf’s Fang. Kem tersebut merupakan projek baharu daripada syarikat pelancongan Antartika, White Desert.

Gambar Via CNN

Penerbangan  yang diketuai oleh Kapten Carlos Mirpuri, yang juga naib presiden Hi Fly itu mengambil masa selama lima setengah jam dan pasukan itu menghabiskan masa kurang daripada tiga jam di Antartika yang meliputi 2,500 batu nautika.

Walaupun tiada lapangan terbang, landasan ais biru di kawasan Wolf ‘s Fang itu telah ditetapkan sebagai lapangan terbang Level C. Penetapan itu menandakan bahawa hanya krew yang pakar sahaja boleh terbang ke sana kerana keadaan yang mencabar.

Gambar Via CNN

“Semakin sejuk, semakin baik namun pantulan daripada ais yang membiru membuatkan mata menjadi silau.

“Justeru, gunakan cermin mata yang betul bagi membantu anda menyesuaikan mata dengan keadaan di situ,” kata Kapten Mirpuri.

Sementara itu, penerbangan pertama yang pernah direkodkan ke Antartika ialah pesawat monoplane Lockheed Vega 1 pada tahun 1928 yang dipandu oleh juruterbang dan tentera Australia, George Hubert Wilkins. Projek itu telah dibiayai oleh seorang hartawan penerbitan dari Amerika Syarikat, William Randolph Hearst.

Gambar: Thisdayinaviation.com

Penerbangan penerokaan pendek seperti itu dikatakan merupakan cara bagi saintis dan pembuat peta untuk mendapatkan maklumat penting mengenai topografi Antartika.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.