Benarlah kata sesetengah orang, dalam dunia media sosial ni kita tak boleh jujur sangat. Sebab ada berjuta orang di luar sana yang kita tak kenal. Nama pun alam maya kan, dunia tanpa sempadan.
Bercakap tentang ‘jujur’ ni, ia sebenarnya merujuk kepada data peribadi kita sendiri. Anda pasti biasa kan isi maklumat peribadi dalam platform tertentu? Contohnya seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan seumpamanya.
Tapi kalau anda perasan, ada juga platform-platform tertentu yang bukanlah ‘penting’ mana, tapi tetap mahu tahu maklumat peribadi kita hatta nama samaran pun. Biasanya ia ada dalam game online yang dimainkan secara percuma.
Pada asalnya kita nampak, ia mungkin sekadar untuk ‘suka-suka’ saja. “Alah takpelah kalau dia tahu pun, bukan pergi mana pun”. Tapi tahukah anda, data peribadi yang terdedah ini berisiko untuk disalah guna oleh pihak tertentu?
Percaya atau tak, risiko ni memang betul-betul berlaku. Inilah pengalaman ‘ngeri’ dialami seorang warganet Indonesia, Dita Moechtar apabila dia mendakwa rakannya telah menjadi mangsa penipuan.
Dita berkongsi pengalamannya ini melalui Twitternya seperti di bawah;
“Pagi tadi kawan saya telefon, menangis-nangis habis ditipu katanya. Biasalah, penipu yang telefon minta transfer (duit).
”Yang buatkan kawan saya percaya, si penipu tu panggil dia ‘Pim’. ‘Pim’ adalah panggilan kecil kawan saya, yang hanya orang terdekat je yang tau. Terus dia teringat dia pernah terbuat yang ni.”
Kata Dita, kawannya itu pernah bermain game online yang meminta senarai nama-nama panggilan lainnya. Difahamkan, nama panggilan ‘Pim’ tu agak privasi di mana hanya orang-orang terdekat sahaja yang tahu.
Tapi entah macam mana, ada individu lain dipercayai scammer telah menelofon sahabatnya itu dan memanggilnya dengan panggilan ‘Pim’.
Sementara itu di ruangan komentar, ada warganet lain yang turut berkongsi tentang game tersebut. Kali ini, game itu meminta untuk memberikan tanda tangan yang secara jelas adalah privasi seorang individu.
Sementara itu, meninjau ke ruangan Twitter, kes seumpama ini sudah diulas oleh ramai pihak kerana melibatkan faktor risiko data peribadi pemain yang terdedah sebegitu sahaja di media sosial.
Antara yang ‘bersuara’ dalam isu ini termasuklah Pencetus Ummah (PU) Rahmat, laman Facebook OMG Hackers dan banyak lagi. Berikut di bawah adalah perkongsian pendapat mereka mengenainya.
Elakkan bermain game online berkaitan peribadi.
Anda sedang membuka ruang kebocoran maklumat Peribadi. pic.twitter.com/N9Kn9yPW14
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) November 24, 2021
Jadi, berhati-hatilah. Elakkan diri anda menjadi mangsa seterusnya dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kita kepada orang lain terutamanya di dalam platform media sosial.
Sumber: Twitter