Harga runcit bagi minyak petrol RON97 dilapor turun tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM3.08 ke RM3.05, umum Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel juga turut kekal dengan RM2.15 seliter.
Harga runcit terkini yang diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan tersebut adalah bagi tempoh 25 November esok hingga 1 Disember depan.
Siaran Media Berkenaan Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 25 November 2021 Hingga 1 Disember 2021. pic.twitter.com/v5Jm4FryDy
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 24, 2021
Sumber: MOF