Siakap Keli
Kredit: Caters News Agency via Mirror

Kurus Kerana Tubuh Tak Mampu Simpan Lemak Di Bawah Kulit, Remaja Ini Alami Sindrom ‘Rare’

Seorang remaja berusia 18 tahun di England telah didiagnosis dengan keadaan yang jarang berlaku di mana badannya tidak boleh menyimpan sebarang lemak sekaligus menyebabkan dia menjadi terlalu kurus.

Memetik laporan Mirror, remaja berkenaan, Dylan Lombard dilapor menghidapi masalah Mandibular Hypoplasia, Deafness dan Progeroid (MDP) sejak ketika bayi lagi.

Difahamkan, MDP merupakan sejenis gangguan metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu tisu lemak tidak dapat disimpan di bawah kulit penghidapnya.

“Saya dilahirkan dengan keadaan kurus sebegini, tetapi ia tidak disyaki apa-apa (sindrom) sehinggalah saya berusia 18 bulan. Ibu saya melihat berat badan saya turun dan dia agak risau.

“Doktor memerlukan 10 tahun untuk mendiagnosis saya dengan keadaan sebegini setelah pemeriksaan berkala dijalankan kerana terlalu kurus,” katanya, memetik laporan Mirror baru-baru ini.

Gambar: Caters News Agency via Mirror

Menurut laporan itu, antara ciri-ciri yang ada pada fizikal Dylan termasuklah memiliki rahang bawah yang kecil, hilang pendengaran serta kulit yang agak tegang.

Meskipun tidak mampu bergerak aktif seperti bersukan macam insan lain, namun Dylan masih meneruskan hidup dengan perkara yang diminatinya termasuklah hobi berfotografi.

Dalam masa sama, remaja itu sering menjadi bahan ejekan daripada segelintir individu, namun dia tidak pernah mengalah untuk berkongsi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit tersebut.

Untuk rekod, hanya 13 orang di dunia ini yang menghidapi MDP setakat ini.

Sumber: Mirror

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.