Siakap Keli
Gambar: eCENTRAL

Layak Dapat Diskaun 10%, Ini 8 Langkah Mudah Daftar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara ‘Direct Debit’

Graduan universiti dan mereka yang kembali bekerja dan merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan era selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan membuktikan yang ia tidak terlepas pandang akan isu ini. Peka dengan masalah anak-anak muda ini, Bajet dengan tema “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” telah membuat penelitian untuk memasukkan cadangan membantu meringankan beban mereka untuk membayar balik pinjaman.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Atas keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan dan keperluan golongan ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan bajet di Parlimen pada 29 Oktober, mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November hingga 30 April 2022.

Diskaun 15%

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, setiap baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman akan diberikan potongan sebanyak 15 peratus.

Diskaun 12%

Selain daripada itu, bagi bayaran sekurang-kurangya 50 peratus daripada baki hutang, diskaun 12 peratus akan diberi.

Diskaun 10%

Bagi mereka yang memilih untuk membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit mengikut jadual, mereka akan mendapat diskaun 10 peratus.

Inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak akan t membantu meringankan beban semua peminjam PTPTN yang sedang bergelut untuk membayar baki pinjaman mereka.

Ia juga bertujuan untuk membantu peminjam melangsaikan amanah wajib bayar balik supaya tidak menafikan peluang k generasi akan datang untuk menyambung pelajaran mereka melalui pinjaman PTPTN .

Cara check penyata baki pinjaman PTPTN

Bagi peminjam yang ingin menyemak penyata baki pinjaman untuk tujuan membuat bayaran penuh, anda boleh membuat semakan secara dalam talian.

Sila klik di sini untuk semak penyata baki pinjaman anda.

Cara-cara untuk menyemak penyata baki pinjaman adalah seperti berikut:

-layari laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/

-Klik pada ikon ‘Semakan Penyata Baki’.

Kredit gambar: eCENTRAL

-Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

-Untuk dapatkan kata laluan sementara (login kali pertama), sila berhubung dengan pihak PTPTN terlebih dahulu.

Kredit gambar: eCENTRAL

Cara daftar potongan debit secara terus untuk bayar pinjaman PTPTN

Bagi peminjam yang memilih membuat potongan debit secara terus untuk membayar pinjaman mereka, terdapat 8 langkah mudah yang harus dilakukan.

Langkah pertama: Kunjungi portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik pada bahagian ‘BAYARAN BALIK’.

Kredit: eCENTRAL

Langkah kedua: Klik pada ‘PERMOHONAN DIRECT DEBIT’

Kredit gambar: eCENTRAL

Langkah ketiga: Klik pada ‘MOHON DIRECT DEBIT PINJAMAN’

Kredit gambar: eCENTRAL

Langkah keempat: Masukkan nombor kad pengenalan anda serta kata laluan dan log masuk

Gambar: eCENTRAL

Langkah kelima: Klik pada ‘PENYATA BAKI’

Gambar: eCENTRAL

Langkah keenam: Klik pada ‘PERMOHONAN DIRECT DEBIT ONLINE’

Gambar: eCENTRAL

Langkah ketujuh: Klik ‘PERMOHONAN BAHARU’

Gambar: eCENTRAL

Langkah kelapan: Klik ‘MOHON’

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan bayaran balik direct debit PTPTN, sila klik di sini.

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli