Siakap Keli
Sumber: Sinar Harian

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Ladang Sawit TSK Kuala Kuang

Mayat seorang lelaki telah ditemui di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling. Mayat yang sedang terbaring itu ditemui kira-kira 12 tengah hari pada hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat melaporkan bahawa mangsa dikenali sebagai Rodzi Md Rejab dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Baling.

Polis telah menerima panggilan daripada orang awam bagi memaklumkan bahawa mereka menemukan mayat seorang lelaki di kawasan ladang tersebut.

“Pada jam 12 tengah hari, anggota bertugas di kaunter aduan Balai Polis Kupang telah terima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu penduduk Kampung Kuala Kuang telah menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring,” katanya dalam kenyataannya rabu.

Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Baling telah dihubungi untuk membuat pemeriksaan susulan berkenaan kejadian tersebut. Hasil pemeriksaan pihak PKD mendapati bahawa mangsa telahpun cukup dos vaksin Covid-19.

“Dalam pada itu, hasil temubual dengan waris memaklumkan bahawa mangsa yang tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan telah keluar pada jam 3 petang Selasa untuk memasang bubu ikan. Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan di tubuh badan mangsa,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.