Jika dilihat pada zaman sekarang, barangan tiruan terutamanya yang berjenama popular begitu banyak di pasaran bebas. Ya, kita hanya boleh dapatkan di pasar malam, melalui atas talian malah boleh dapatkan barangan tersebut di negara jiran.
Seperti mana yang kita tahu, barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru tanpa kebenaran si pencipta. Kita boleh lihat, ada kalanya kita sendiri tidak dapat bezakan yang mana original dan yang mana tiruan.
Apakah memiliki, menjual dan membeli barangan tiruan seperti kasut, jam tngan dan sebagainya ini haram bagi umat Islam? Jadi, ikuti penjelesan lanjut daripada pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum menjual barang tiruan.
SOALAN:
Assalamualaikum nak bertanya bolehkah jual barang tiruan? Kualitinya sama tetapi jenama tiruan.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain.
Sebaiknya, barang-barang yang dijual tidak diletakkan jenama atau logo yang membuat orang salah faham dan penipuan ia menyerupai produk lain yang memiliki perlindungan hak cipta dan paten.
Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).
Wallahua’lam.