Pernahkah anda lihat setandan ‘pisang’ yang berwarna hijau dengan kulit tebal di pasar raya? Namun jangan terlalu awal membuat konklusi kerana itu bukanlah ‘pisang’ tetapi ianya digelar sebagai plantain.
Plantain ialah satu tanaman yang dikatakan ‘sepupu berkanji pisang’ yang sangat terkenal di Amerika Latin, Afrika, dan Caribean.

Namun begitu adakah ‘Pisang’ dan ‘Plantain’ sama atau berbeza? Di sini akan dikupaskan apakah perbezaan pisang dan plaintain.
Walaupun rupanya kelihatan sama namun kedua-dua tumbuhan ini mempunyai perbezaan dan ciri-ciri tersendiri. Bahkan, rasa kedua-duanya juga turut berlainan dan memerlukan resipi yang berbeza.
Apakah Pisang?
‘Pisang’ sebenarnya adalah herba dan juga buah. Namun, ianya termasuk dalam kategori buah kerana mengandungi biji benih. Walaupun secara komersil, pisang dibiak secara steril yang menyebabkan biji benihnya hanya timbul kecil dan sedikit.
Tambahan lagi, secara teknikalnya ‘pokok pisang’ ialah satu tumbuhan herba. Hal ini kerana, batangnya tidak mempunyai tisu berkayu. Oleh kerana itulah, pisang turut dikatakan sebagai herba.
Terpulan kepada individu sama ada mahu merujuknya sebagai buah, herba, atau kedua-duanya sekali. Namun dalam genus Musa istilah “pisang” merujuk kepada buah-buahan yang dihasilkan oleh pelbagai tumbuhan herba.
Selain itu, pisang juga boleh dimasak ataupun makan begitu sahaja dan kebiasaannya dijadikan sebagai pencuci mulut. Pisang juga mengandungi paras potassium yang tinggi dimana ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Apakah Plantain?
Plantain pula sebenarnya merupakan sejenis pisang namun dengan rasa dan cara masak yang berbeza. Seperti pisang, plantain juga berasal dari Asia Tenggara dan sudah terdapat di seluruh dunia. Namun dari segi fizikal plantain mempunyai saiz yang lebih besar dan kulit yang lebih tebal.
Plantain juga lebih berkanji dan kurang gula berbanding dengan pisang. Plantain turut datang dari pelbagai warna bergantung kepada tahap masaknya tumbuhan tersebut iaitu dari hijau, kuning, dan coklat gelap.
Selain itu, oleh kerana kandungan kanji yang tinggi, plantain tidak sering dimakan begitu sahaja secara mentah. Kebiasaannya plantain perlu dimasak sama ada secara rebus, tumisan, goreng, atau bakar. Masakan yang menggunakan plantain ini sering dimasukkan dalam masakan Latin, Afrika, dan Caribean.
Tambahan lagi, apabila dimasak plantain lebih dianggap sebagai sayuran berbanding buah kerana sering digunakan dalam masakan yang savori.
Seperti pisang, plantain mempunya karbohidrat kompleks yang tinggi namun begitu apa yang membezakan kedua-dua ‘buah’ ini ialah cara karbohidrat tersebut terhasil.
Pisang memperolehi karbohidrat daripada gula manakala karbohidrat plantain terhasil dari kanji di dalamnya.
Berikut ialah kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram pisang dan plantain:

Sumber: Allrecipes, Healthline