Siakap Keli
Gambar: Google

Pelanggan Pasar Raya Terkejut, Jumpa Kepompong Labah-Labah Berbisa Pada Pisang

Labah-labah Pengembara Brazil (Brazilian Wandering Spider) dikatakan sebagai salah satu spesis labah-labah yang boleh mengancam manusia.

Seekor labah-labah dari spesis yang sangat berbisa di dunia ini dikatakan telah ‘melepak’ di satu lorong buah di sebuah pasar raya di East Sussex.

Pelanggan pasar raya Tesco tersebut, Adam Shepherd ketakutan ketika dia menjumpai kepompong haiwan itu melekat pada setandan pisang. Tambahnya lagi, dia turut ternampak kaki labah-labah tersebut terkeluar dan melekat pada pisang tersebut.

Dia turut mengambil beberapa gambar pisang tersebut sebelum melaporkan hal itu kepada pekerja di situ. Adam kemudiannya mengongsikan gambar tersebut di laman media sosial Facebook, di mana ia dikenal pasti sebagai Brazilian Wandering atau ‘Banana Spider’.

Kredit Daily Star via Adam Shepherd
Kredit Daily Star via Adam Shepherd

Sementara reaksi warganet yang terkejut dan takut dengan perkongsian tersebut, Adam agak santai dengan penemuan itu.

“Ianya tidaklah terlalu mengejutkan pada saya. Sebab saya pernah bekerja di Tesco dan sudah melihat perkara ini beberapa kali,” kata Adam kepada Brighton Agus.

Untuk rekod, gigitan haiwan berbisa tersebut boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, berpeluh, dan ereksi yang tidak terkawal pada lelaki.

Sumber: Daily Star

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.