Siakap Keli
Gambar via Sky Sports

Pemain Real Madrid, Karim Benzema Terbukti Bersalah Ugut Rakan Sepasukan

Setelah beberapa kali naik turun mahkamah sejak enam tahun lalu, pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema akhirnya diputuskan bersalah atas dakwaan peras ugut berkait rakaman pita seks, lapor ESPN.

Menurut ESPN, Benzema dikenakan tempoh percubaan 12 bulan dan denda €75,000 atau kira-kira RM354,000 setelah terbukti bersubahat melakukan pemerasan terhadap rakan senegara yang pernah sama-sama bermain dalam pasukan bola sepak Perancis.

Benzema dilaporkan mengugut rakan sepasukannya sekitar bulan Oktober 2015 semasa dalam latihan bersama pasukan Perancis. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan Benzema bersama empat rakan subahat lain yang turut terbukti bersalah.

Bintang bola sepak itu pernah menafikan dakwaan terhadap dirinya dan mengatakan dia hanya ingin meleraikan situasi ketika itu. Pun begitu, Benzema dilaporkan tidak hadir ke persidangan mahkamah bulan lepas atas alasan sedang menjalani latihan bersama Real Madrid.

Setelah kontroversi peras ugut ini tercetus, Benzema menggantung jersi negaranya selama enam tahun apabila pengurus pasukan Perancis, Didier Deschamps menggugurkan namanya dari pasukan. Namun Benzema kembali ke skuad Perancis setelah namanya disenaraikan dalam pasukan tersebut oleh Deschamps untuk saingan Euro 2020.

Sumber: ESPN

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.