Siakap Keli
Gambar via Sinar Harian

“Perjuangan Rozzana Berakhir..,” Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan, Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia

Setelah hampir dua bulan ‘ditidurkan’ di Hospital Myongji, Korea Selatan akibat serangan asma, seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat Nanyan dimaklumkan sendiri melalui laman sosial Facebook oleh kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee pagi tadi. Menurut kemaskini di laman Facebook peribadi milik Nur Diana, jenazah adik tirinya akan dikebumikan di Korea Selatan namun lokasi tempat pengebumian tidak didedahkan.

Allahyarhamah disahkan meninggal pada jam 10.46 pagi waktu Korea Selatan (9.46 pagi waktu Malaysia). Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarhamah Rozzana dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Myongji pada 2 Oktober lalu kerana kesukaran bernafas dan dilaporkan ditidurkan pihak hospital untuk mengelak serangan sawan.

Allahyarhamah Rozzana merupakan seorang operator di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon dan telah bekerja di negara tersebut sejak empat tahun lalu.

Kisah Allahyarhamah Rozzana ini sempat mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuk Kedutaan Malaysia di Seoul. Kkeluarga Allahyarhamah yang dilaporkan menetap di Johor sebelumnya pernah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa adikknya pulang setelah wanita berusia 35 tahun itu dikhabarkan koma di Korea Selatan.

Sumber: Facebook, Kosmo, Sinar Harian

" "