Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Warga Emas Nyaris Maut, Dipercayai Tergelincir Di Balkoni Tingkat 19, Mujur Tersangkut Di Ampaian

Anggota bomba di China berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas yang tergelincir dan tersangkut pada ampaian pakaian dari tingkat 19 balkoni rumahnya.

Ketika kejadian, wanita yang berusia 82 tahun itu sedang menggantung pakaian pada tingkat 19 balkoni pangsapuri rumahnya yang terletak di Yangzhou, wilayah Jiangsu, China.

Kaki wanita itu dilaporkan telah tersangkut pada ampaian pakaian di tingkat 18 manakala kepala, lengan dan tubuhnya tergantung di tingkat 17.

Semasa penyelamatan berlangsung, sepasukan anggota bomba berjaya memegang kakinya di tingkat 18 sementara pasukan lain pula memasang tali pada badannya di tingkat 17.

Pasukan penyelamat kemudiannya berjaya menarik wanita itu ke tempat selamat. Pegawai bomba menyatakan bahawa wanita itu keletihan selepas terpaksa tergantung dalam tempoh yang agak lama namun tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Siasatan ke atas insiden itu mendapati bahawa wanita tersebut sedang menggantung pakaian yang telah dibasuhnya ketika dia dia terjatuh di tepi balkoni berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.