Kucing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang sangat comel dan mencuit hati. Ia seakan mempunyai ‘aura’ yang membuatkannya menjadi tumpuan ramai walau di mana saja ia berada.
Seperti seekor kucing di China yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Mothership, kucing itu dilihat duduk di atas kerusi sambil memandang tepat ke arah petugas kesihatan yang menjalankan ujian swab di sebuah universiti di Chongqing.

Kucing itu seakan-akan sedang menunggu giliran untuk turut menjalani ujian tersebut.
Mungkin tidak tahan melihat kecomelan kucing itu, petugas tersebut telah ‘menjalankan ujian swab‘ terhadap kucing itu.

Difahamkan, kucing itu sememangnya dikenali oleh semua orang di universiti itu. Menurut seorang pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut, kucing itu telah duduk di kerusi ketika tiada orang dan telah memandang petugas kesihatan dengan penuh mendalam.
Selepas ‘berpuas hati’ ‘diperiksa’ oleh petugas kesihatan, kucing itu dilihat melarikan diri.
Sumber: Mothership