Siakap Keli
Sumber: Utusan Malaysia

Cuti Krismas Dan Tahun Baharu Dibeku Bagi Membendung Covid-19 Di Indonesia

Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pembekuan cuti sambutan Krismas dan tahun baru. Larangan tersebut telah dikeluarkan kepada penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta yang dimiliki oleh kerajaan tersebut.

Menurut laporan daripada The Strait Times, pembekuan cuti tersebut diambil bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 akhir-akhir ini.

Arahan tersebut akan melibatkan kira-kira  4.2 juta penjawat awam serta dua juta pekerja syarikat berkaitan kerajaan serta firma swasta lain.

“Selain itu, aktiviti kesenian, kebudayaan dan sukan juga tidak dibenarkan antara 24 Disember sehingga 2 Januari depan,” katanya.

Arahan tersebut telah dikeluarkan semalam oleh pekeliling Kementerian Hal Ehwal Tempatan. Arahan penutupan semua dataran turut diberikan bermula 31 Disember sehingga 1 Januari depan.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.