Siakap Keli
Gambar: Bernama

Lapan Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Cyberjaya Dan Puchong

PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Jabatan Imigresen menahan lapan pendatang tanpa izin melibatkan tujuh warga Nigeria dan seorang warga Pakistan dalam operasi di Cyberjaya dan Puchong semalam.

Kesemua lelaki itu antara 25 warga asing yang diperiksa dalam operasi bermula kira-kira 9 malam susulan aduan penduduk tempatan yang kurang selesa dengan masalah sosial ditimbulkan warga Afrika.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan hari ini berkata serbuan dilakukan di premis yang dipercayai menjadi tumpuan warga Afrika di sekitar Cyberjaya dan Puchong.

Menurutnya, mereka ditahan selepas dikesan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua yang berusia antara 24 tahun dan 35 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan selanjutnya, katanya.

Khairul Dzaimee berkata seramai 30 anggota penguat kuasa daripada Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya terlibat dalam operasi tersebut, dengan terdapat anggota tercedera selepas terbabit dalam pergelutan dengan warga asing yang enggan bekerjasama.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.