Siakap Keli

(Video) Pernah Terpaksa Berhenti Belajar Sebab Takda Duit & Hidup Susah, Hari Ini Boleh ‘Senyum’ Dengan Income 6 Angka

Siapa je yang tak pernah rasa hidup susah? Apatah lagi dibebani hutang keliling pinggang, difitnah sanak-saudara sendiri, hilang kerja hingga rasa diri tu sudah jatuh terduduk ditimpa tangga. Sangat-sangat sukar laluannya.

Macam itulah detik sukar yang pernah dilalui wanita ini beberapa tahun yang lalu. Siapa sangka, simpang-siur perjalanan hidup banyak mengajarnya tentang erti ‘survival’ biarpun hakikatnya dia tidaklah memiliki apa yang kita semua pernah ada.

Jelasnya, dia dulu ada cita-cita nak belajar di universiti sampai ke hari graduasi. Tapi hasrat tu tak kesampaian sebab waktu tu hidupnya susah sangat. Duit yang ada pun hanyalah cukup-cukup makan.

Sedar bahawa keadaan tak mengizinkan, dia akhirnya memilih untuk berhenti pengajian, keluar dari universiti dan mulakan hidup baharu. Segala perit luka yang ‘mendarahi’ jiwanya dijadikan ‘rencah’ untuk dia terus ‘survive‘.

Pernah satu ketika, dia bekerja sebagai frontliner di kaunter sebuah pusat beli-belah. Namun, disebabkan tiada peluang untuk dia mengembangkan kerjayanya ke peringkat yang lebih tinggi, dia terpaksa berhenti.

Kebetulan dalam masa sama, dia diajak seseorang untuk berniaga bersama mengusahakan bisnes kedai makan.

Tapi malang tak berbau. Mungkin nasib tak menyebelahi, usaha kolabrasi tidak berjaya. Disebabkan tiada sebarang perjanjian, terdapat usaha untuk membuangnya daripada kolaborasi tersebut. Sedar akan hal itu, dia mengundurkan diri terlebih dulu.

Terduduk juga seketika. Tiada punca pendapatan. Suami pula hilang pekerjaan. Dengan tanggungan bebanan hutang dan seorang anak, makin buat dia hilang punca.

Beban yang dirasai waktu tu memang sangat ‘menghentak’ akal. Mujurlah, satu-satunya pilihan terakhir yang ada untuk mereka terus ‘survive‘ adalah melalui bantuan dan ihsan daripada ahli keluarga sendiri.

Katanya, emaknya sanggup meminjamkan satu-satunya rantai emas miliknya untuk dipajak gadai. Malah, adik-beradik dan rakan kenalannya juga turut sama menghulur apa yang ada.

Dengan modal yang ada itulah, dia mula merancang sesuatu dan perlahan-lahan bangun kembali.

Kaji, usahakan & bangkit

Tercetus idea untuk memulakan perniagaan produk kurus kerana dia sendiri meminati bidang pengurusan badan. Idea penghasilan produknya terinspirasi daripada masalah yang dihadapi suaminya sendiri.

Masalah kegemukan yang dihadapi menyebabkan suaminya sering menghadapi komplikasi kesihatan. Namun, suaminya bukanlah seorang yang gemar bersenam dan mengamalkan pengambilan suplemen.

Kerana itulah tercetusnya idea untuk menghasilkan mandian kurus. Cara kurus yang paling ideal untuk suami, kerana katanya suaminya suka mandi.

Pada awalnya, dia sendiri agak ragu-ragu untuk wujudkan produk seperti ini. Namun daripada kajian dan penelitian, akhirnya dia jumpa satu solusi untuk menjaga penampilan badan hanya melalui mandi.

Dia memanfaatkan kecanggihan nanoteknologi dengan penggunaan minyak pati (essential oil) dalam produk mandian kurusnya.

Pada awalnya dia merujuk di banyak kilang tentang penghasilan sabun tersebut. Malangnya, banyak yang tak berminat dengan idea itu. Hinggalah pencariannya terhenti di sebuah kilang kecil yang berminat dan sanggup membangunkan inovasinya itu.

Bukan senang nak ‘berdiri’ lama

Pada mulanya, dia menjadikan suaminya sebagai ‘tikus makmal’ untuk menguji keberkesanan produk inovasinya. Mengejutkan, berat badan suaminya turun sebanyak lima (5) kilogram selepas penggunaan tiga (3) ketul sabun. Sangat mengejutkan, inovasinya berjaya.

Tapi hakikatnya bukan senang nak ‘maintain‘ berdiri lama. Sejak sabun itu mula dikomersialkan, dia banyak menelan sakit-pahit mulut orang di sana-sini. Ada yang fitnah kata sabun tu tipu, sampai diviralkan di serata media sosial.

Tak cukup lagi, saudara-maranya sendiri pun turut ‘troll‘ inovasinya itu, malah dia juga pernah diboikot oleh kedua-dua belah keluarga. Katanya, itulah detik sakit paling ‘mendalam’ pernah dirasainya.

Sekelip mata, mereka hilang tempat bergantung. Yang tinggal hanyalah rasa percaya daripada suami sendiri dan semangat yang tak pernah padam dalam diri. Waktu demi waktu, mereka kekal bertahan walaupun ‘sakit’.

Selepas setahun, akhirnya…

Akhirnya selepas melalui fasa getir, bisnes sabunnya sudah sampai ke kemuncak apabila hasil jualannya mencapai enam (6) angka sebulan dan berjaya mencapai ‘zero’ hutang dalam masa setahun.

Percaya atau tidak, dia berjaya melangsaikan semua hutang-piutangnya yang berjumlah RM150,000 dalam masa setahun sahaja, hasil daripada bisnes tersebut.

Tak ‘puas’ lagi dapat manfaatkan rezeki sebegitu, dia juga berpeluang menghadiahkan sebuah kereta baharu untuk emaknya yang pernah bergolok-gadai memajak rantai emas untuknya satu ketika dahulu.

Selain itu, dia turut berpeluang membawa emaknya menunaikan umrah guna wang hasil usahanya sendiri. Rezeki semakin rancak mencurah-curah, dia juga sudah mampu membangunkan unit pejabatnya sendiri.

Empat tahun berlalu, kini di persada negara

Selepas empat tahun berpenat lelah, berbekalkan ribuan testimoni berjaya dan penglibatan agen beratus-ratus orang, akhirnya produk sabun sihat untuk penampilan diri berjenama Zumba Body Wash sudah pun menjelajahi hampir ke seluruh negara.

Itulah hasil lumayan yang ‘terbayar’ kepada pengasasnya, seorang usahawanita kental bernama Fatin Pauzi. Jika dulu hidupnya pernah jatuh teruk dibebani dugaan bertimpa-timpa, kini dia mampu tersenyum bangga melihat revolusi ‘survival‘ nya sendiri.

Kisah suka-duka Puan Fatin dalam dunia bisnes ini pernah tular di media sosial satu ketika dahulu. Kalau anda masih ingat penulisan panjang bertajuk ‘Hanya anak derhaka mampu balas jasa ibu’, inilah orangnya.

Gambar: Fatin Pauzi

 

Di bawah ini adalah kenangan manis ketika Puan Fatin menghadiahkan emaknya kereta baharu, hasil daripada kejayaan berpenat-lelah mencari rezeki dengan produk sabun inovasinya sendiri.

Kalau Puan Fatin mampu ‘survive‘ bertahun-tahun bermula dari kegagalan hingga cukup berjaya hari ini, anda pula bagaimana?

@fatin.pauzi

Balas jasa mak 🥰 #fyp

♬ original sound – Ladyana Aziz – ladyanaaziz🔘

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'