Siakap Keli

Prudential Malaysia Menawarkan Hadiah Bernilai Sehingga RM200,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Telah Divaksinasi

KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), secara kolektif dirujuk sebagai Prudential Malaysia, telah melancarkan “Peraduan Malaysia Boleh Divaksinasi” melalui aplikasi mudah alih kesihatan dan kesejahteraan yang dikuasakan oleh AI, Pulse by Prudential (Pulse), untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang telah divaksin.

Sejak bermulanya kempen vaksinasi kerajaan – Lindungi Diri, Lindungi Semua pada Mac 2021, Malaysia kini telah berjaya mencapai lebih daripada 95% kadar vaksinasi di kalangan orang dewasa. Prudential Malaysia menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM200,000 kepada rakyat Malaysia yang telah memainkan peranan masing-masing untuk melindungi negara daripada wabak COVID-19.

Prudential Malaysia menawarkan e-baucar bernilai sehingga RM200,000 kepada rakyat Malaysia yang telah divaksinasi melalui Peraduan Malaysia Boleh Divaksinasi. Muat turun aplikasi kesihatan Pulse by Prudential sekarang untuk menyertai peraduan tersebut.

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum 31 Disember 2021 berpeluang untuk memenangi e-baucar Shopee bernilai antara RM50 hingga RM2,000 apabila mereka mendaftarkan penyertaan melalui Pulse. Untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan, lebih tinggi bilangan pendaftaran yang diperolehi, lebih banyak hadiah yang akan ditawarkan dan makin bertambah bilangan pemenang.

Peringkat Jumlah Pendaftaran rakyat Malaysia Jumlah Hadiah e-Baucar Shopee Bilangan Pemenang
            1   100,000 & ke bawah RM50,000 RM1,000            5
RM500           10
RM50         800
           2

   (Jumlah pemenang berganda)

  100,000 – 199,999 RM100,000 RM1,000          10
RM500          20
RM50        1600
           3

  (Jumlah hadiah berganda)

  200,000 dan ke atas RM200,000 RM2,000          10
RM1,000          20
RM100        1600

Lim Eng Seong, Ketua Pegawai Eksekutif PAMB berkata, “Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia untuk menjalani hidup penuh keyakinan dengan memperkasakan mereka untuk menjaga kesihatan diri. Memandangkan penjagaan kesihatan melalui pencegahan adalah langkah pertama ke arah memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah melindungi diri mereka daripada COVID-19 dengan mendapatkan vaksin. Prudential mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, dan negara yang sihat bermula dengan setiap rakyat yang memainkan peranan mereka dalam membuat pilihan yang sihat.”

Wan Saifulrizal Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN berkata, “Sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-15 PruBSN pada tahun ini, antara matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia memenuhi aspirasi kesihatan mereka. Dengan mendaftar untuk menyertai peraduan melalui Pulse, rakyat Malaysia juga boleh mengakses ciri-ciri kesihatan dan kesejahteraan sepertipemeriksaan sihat, pemeriksa simptom, kidmat rundingan doktor dalam talian, informasi kesihatan dan cabaran kecergasan.”

Untuk menggalakkan lagi penyertaan, Prudential Malaysia telah bekerjasama dengan bintang komedi tempatan, Dr. Jason Leong, untuk menekankan kepentingan dan faedah vaksin.

Sertai “Peraduan Malaysia Boleh Divaksinasi” sekarang dengan memuat turun aplikasi kesihatan Pulse by Prudential melalui Google Playstore atau Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Prudential Assurance Malaysia Berhad atau  Prudential BSN Takaful Berhad.

Siti Fatimah