Siakap Keli
Kredit: NTB via The Norway News

Tak Sampai Beberapa Jam Dilantik, PM Wanita Pertama Sweden Letak Jawatan

Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Sweden, Magdalena Andersson dilapor meletak jawatan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas menggalas jawatan tersebut, lapor BBC baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Magdalena yang juga dari Parti Demokrat Sosial tekad meletak jawatan selepas parti gabungan, Greens Party menarik diri daripada gabungan kerajaan campuran.

Malah dalam masa yang sama, belanjawan yang dibentangkannya di Parlimen juga tidak diluluskan, ini kerana dipercayai parti tersebut tidak bersetuju dengan draf yang dirangka buat pertama kali oleh pihak kanan.

“Saya telah umumkan kepada speaker yang saya akan meletak jawatan.

“Terdapat amalan dalam perlembagaan di mana kerajaan campuran harus meletakkan jawatan apabila parti gabungan di bawahnya menarik diri.

“Saya tidak mahu memimpin kerajaan yang kesahihannnya (kredibilitinya) dipersoalkan,” katanya, memetik BBC.

Bagaimanapun, Magdanela difahamkan akan kembali menjadi Perdana Menteri semula jika dilantik untuk memimpin kerajaan tunggal Sweden pada masa akan datang, iaitu Kerajaan Demokrat Sosial.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'