Siakap Keli

(Video) “Kerap Sangat Berlaku,” Tiada Rekod Berhutang Punca Permohonan ‘Loan’ Rumah Kena ‘Reject’?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak kira masih bujang atau sudah berumahtangga, memiliki rumah sendiri adalah satu impian. Ya, memikirkan rumah adalah aset masa depan dan jaminan hari tua, ramai yang ingin memiliki rumah sendiri.

Tetapi kadang kala, apabila sudah bersedia untuk membayar kos bulanan rumah tiba-tiba permohonan pinjaman bank pula kena ‘reject’. Mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya kenapa hal ini boleh berlaku?

Siapa yang tak sakit hati bila bank tolak terus permohanan pinjaman rumah padahal pemohon tiada hutang dengan bank. Tapi, tak semuanya 100 peratus salah bank, mungkin ada kekurangan pada pemohon secara tidak langsung.

Jadi, SK ingin kongsikan penjelasan daripada salah seorang yang pakar bab pinjaman rumah ini iaitu melalui laman Tiktoknya, Hanis Mazlan. Jom ikuti penjelasan beliau dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada kita semua terutamanya buat mereka yang ingin membeli rumah pertama.

“Rekod CCRIS tiada masalah tunggakan hutang, dokumen dan slip gaji semua lengkap tapi kalau apply loan rumah kena reject mentah-mentah, kes macam ini sangat kerap berlaku….”

Menurut penjelasannya di dalam video di bawah, pihak bank akan memeriksa terlebih dahulu Central Credit Reference Information System (CCRIS). Jika tiada sebarang rekod maksudnya pemohon tidak pernha membuat apa-apa pinjaman maka bank sangat susah untuk mengenali kita.

Jelasnya lagi, jika terlalu ‘clean’ sudah tentu bank tidak mengenali kita dan sebab itulah permohonan loan rumah boleh kena tolak mentah-mentah.

Jadi ada satu cara yang mudah untuk wujudkan CCRIS adalah membuat akaun ASB Financing dan dalam masa yang sama ia boleh dijadikan sebagai kaedah untuk kumpul deposit rumah.

Jadi rancanglah masa depan dengan baik dan semoga proses permohonan pembiayaan perumahan kita dipermudahkan.

Untuk info lanjut boleh sambung menonton video di bawah.

@hanis_mazlan

Reply to @mia.amira_ Saya tiada HUTANG tapi kenapa loan rumah kena REJECT? #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #FinanceGuru #GrowWithTiktokGuru

♬ Happy Music – Mystix Instrumentals

 

Sumber: Hanis Mazlan

 

" "