Seorang lelaki di India membuat ‘tempat duduk’ sendiri di dalam sebuah kereta api yang dinaikinya. Menurut India.com, lelaki tersebut tidak mendapat tempat duduk di dalam kereta api tersebut kerana semua kerusi sudah penuh.
Oleh itu, menerusi sebuah perkongsian video yang tular baru-baru ini, lelaki tersebut dirakam membuat ‘tempat duduk’ lain untuknya berehat. Video tersebut telah dimuat naik di laman sosial Instagram @memes.bks.
Disebabkan kerusi di dalam kereta api itu telah dipenuhi dan dia tidak mempunyai tempat untuk tidur, dia akhirnya menggunakan idea inovatif tersebut.
Lelaki tersebut menggunakan sebuah cadar dan mengikat hujung cadar tersebut pada tiang tempat isi bagasi dan kerusi.
Cadar yang kelihatan seperti buaian (hammock) itu berada ditengah-tengah laluan. Bukan setakat duduk, buaian tersebut juga boleh dijadikan sebagai tempat tidur. Lelaki tersebut dilihat turut baring dengan mendepakan kedua-dua kakinya kedepan di kawasan letak bagasi tersebut.
Turut tidak ketinggalan reaksi masyarakat yang geli hati melihat video tersebut:
View this post on Instagram
kimx_yn: ‘Kita sangat unik.’

sarcastic_girl_69: ‘Tahap lain.’

mahendra_singh_haru: ‘Bakat India.’
