Siakap Keli

Wanita Ajar Cara Mudah Guna Ajinamoto Jadi Baja, Hasilnya Pokok Subur & Berbuah Lebat

Mungkin ramai yang merugut sudah bermacam-macam baja digunakan untuk memberi kesuburan pada tanaman tetapi tidak membuahkan hasil. Mana taknya, kalau beli baja yang mahal pun masih ‘tak jalan’.

Sebenarnya ada satu ‘rahsia’ untuk menyuburkan tanaman hanya menggunakan bahan memasak sahaja. Ya, percaya atau tidak, penggunaan penambah perasa ajinamoto mampu memberi hasil yang berlipat kali ganda daripada menggunakan baja biasa.

Tetapi, masih ramai yang belum mencuba cara ini. Sebenarnya cara ini sangat berkesan dan ia terbukti apabila seorang pengguna Facebook, Kamariah Hashim mencubanya sendiri dan korang boleh lihat hasilnya pada gambar di bawah.

“Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan-segan malu buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.”

Sukatan :

  1. 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
  2. Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :

  • waktu redup petang jam 6 petang ke atas.

Kekerapan :

  • 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.

Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:

1. Menyuburkan tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut.

Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sihat.

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrisi yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman.

Manfaat ajinomoto untuk tanaman iaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.

3. Mempercepat munculnya bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, kerana bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman

Tidak hanya kita manusia dan haiwan, tanaman juga ternyata memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja-baja yang sering kita gunakan.

Kadangkala harga baja sangat mahal hingga ada sesetengah orang tidak mampu menggunakannya. Jadi, sebagai cara lain menggantikan baja, hanay menggunakan penambah perasa ajinamoto.

Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka dapat tumbuh subur dan nutrisinya terpenuhi dengan baik.

5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati

Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai ingin mencuba kerana ianya sesuatu yang baharu untuk menyuburkan tanaman sekaligus menjimatkan kos untuk membeli baja.

Sumber: Nur Aidah via Kamariah Hashim

" "