Siakap Keli

“Cari Baucer Sebelum Checkout,” Ini 3 Cara Jimat Duit Masa Shopping Online Ramai Tak Tau

Zaman serba maju sekarang ni, sape je kan tak pernah guna cara online shopping bila nak membeli-belah pelbagai barang seperti barang keperluan ataupun barang kehendak yang lain. Yelah, hanya dengan cara mudah di hujung jari je, semua benda dapat beli. Kan mudah macam tu. Tapi, shopping online ni ada juga bahayanya tau. Contohnya, tengah shopping tiba-tiba tak sedar yang dah banyak sangat duit guna buat belanja. Tak ke merugikan diri nanti tu. Sebenarnya, ada cara kita boleh buat untuk elakkan daripada situasi macam ni. Ada beberapa langkah mudah je.

Langkah mudah macam ni semestinya akan membantu semua online shopaholic supaya tak terlebih berbelanja dan menyesal di kemudian hari sebab dah takde duit simpanan. Korang boleh berjimat-cermat sambil membeli barang daripada peralatan dapur, komputer riba hingga barangan runcit secara online je tau. Ini 3 langkah tersebut.

1) Tetapkan Had

Korang sebenarnya kadang-kadang tak nak pon beli barang tu, tapi sebabkan korang tak boleh tidur atau asik guna je telefon tu, korang terus add to cart barang-brang yang korang rasa menarik. Untuk elakkan benda tu berlaku, korang kena tetapkan had dan jangan la online shopping waktu korang tak yakin. Lepas tu, hadkan juga diri korang untuk shopping online pada waktu tertentu sahaja dalam sehari.

Selain tu, tetapkan had perbelanjaan korang. Jangan nak boros sangat tau. Korang kena ingat selalu yang shopping benda-benda yang tak perlu atau apabila korang tak mampu boleh menyebabkan korang tak cukup duit nanti. Korang kena disiplin sikit untuk elakkan overspent bila shopping online.

2) Cari Baucer Sebelum Checkout

Kalau perasan, ramai orang tak tau yang sebenarnya korang boleh guna pelbagai jenis baucar untuk dapatkan penjimatan yang berganda bila korang shopping online dalam portal shopping macam Shopee, Lazada atau yang lain-lain lagi lah tau. Jadi, amat digalakkan korang untuk cari dan redeem semua baucer yang korang boleh dapat sebelum korang checkout apa yang korang nak beli tu.

Antara baucer yang selalu ada adalah macam baucer Free Shipping, baucer diskaun 50% kalau beli dalam jumlah yang tertentu, baucer cashback dan pelbagai lagi. Banyak jumlah duit korang boleh jimat tau lepas guna semua baucer-baucer ni. Kalau korang pandai cari lagi, korang boleh beli barang secara percuma je tau lepas dah redeem baucer-baucer yang korang jumpa tu. Sangat la berbaloi kan bila shopping macam ni.

3) Guna Servis Grab Bila Korang Nak Online Shopping

Haaa, ni lah cara penjimatan paling bijak sekali tau sebenarnya bila korang nak online shopping apa-apa je barang keperluan yang korang nak. Kalau korang gunakan servis Grab ni, korang dapat shopping pelbagai barang baru dan boleh terus dapat potongan sehingga 50% tau. Lepas tu, servis Grab ni jugak ada banyak jenis yang korang boleh cuba macam GrabFood, GrabMart dan juga GrabPay.

  • GrabPay

Untuk servis GrabPay ni, korang boleh dapatkan sehingga 40% rebat tau bila korang berbelanja. Untuk pengguna baru, korang berpeluang dapat 40% rebat sehingga RM30 bila korang berbelanja dengan jumlah minima RM75. Untuk pengguna GrabPay yang dah pernah guna sebelum ni, korang juga berpeluan untuk dapat 10% rebat sehingga RM20 bila korang berbelanja dengan amaun minimum sebanyak RM200 tau.

Antara kedai-kedai ternama yang korang boleh guna servis GrabPay ni ialah seperti Zalora, Watsons, Agoda, Malindo, Firefly dan banyak lagi lah. Sekarang lah masanya untuk korang berbelanja sambil berjimat kalau nak beli barang-barang kecantikan, produk penjagaan diri atau pon nak pergi travel dan bercuti sakan dengan family dan kawan-kawan tersayang korang.

  • GrabMart

Bila korang guna servis GrabMart ni pulak, korang boleh dapatkan penjimatan sehingga 50% tau untuk pelbagai jenis barangan yang korang inginkan. Semua benda boleh beli sebab barang-barang ni tak perlu amaun mimimun pon. Masa ni lah korang boleh tambah stok barangan kegemaran korang tanpa perlu risau yang korang akan berbelanja lebih untuk barang-barang tu.

Antara barang-barang yang korang boleh dapatkan harga diskaun sehingga 50% ni macam mask dari Guardian. Selain tu, korang boleh dapatkan barangan runcit dari Heromarket. Korang juga boleh beli barang mandian berkualiti tinggi dari Sasa.

  • GrabFood

Bila korang gunakan servis GrabFood ni pulak, korang pon boleh dapatkan potongan sehingga 50% tau untuk semua makanan yang korang idam-idamkan daripada pelbagai restoran ternama. Antara restoran-restoran yang terlibat ialah seperti KFC, Pizza Hut, Kyochon, Walls Ice Cream, Burger King dan banyak lagi lah restoran yang menarik.

Untuk korang yang duduk di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, korang boleh guna promo code ni:

Untuk korang yang duduk di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor pulak, korang boleh guna promo code ni:

Haaa, berbaloi sungguh kan kalau dapat beli macam-macam barang kegemaran yang biasa kita guna dalam hidup seharian dengan harga yang murah amat. Korang jangan lepaskan peluang macam tau. Cepat-cepat tambah stok korang kat rumah tu. Baru lah jimat sikit bajet bulanan korang masa berbelanja sakan guna Grab nanti. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Grab sekarang!

Nor Fakhry