Siakap Keli
Gambar Via Google

IKEA Tawarkan Apartment Kecil Lengkap Dengan Perabotnya Untuk Disewa, Hanya RM3 Sebulan

Syarikat barangan perabot terkenal, IKEA dilaporkan telah menawarkan sebuah apartmen kecil untuk disewa di bandar Tokyo, Jepun, lapor CNN.

Apartmen seluas 10 meter persegi itu terletak di daerah Shinjuku dan boleh disewa dengan hanya 99 yen (RM3.68) sebulan. Difahamkan, setakat ini hanya satu unit sahaja yang tersedia.

Menariknya, ia dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan aksesori dari IKEA.

Orang ramai yang ingin menjadi penyewa perlulah berumur lebih dari 20 tahun dan permohonan untuk menyewa boleh dihantar sehingga 3 Disember ini.

Memetik laporan CNN, apartmen itu akan disewakan dengan pajakan hingga 15 Januari 2023. Penyewa perlu membayar bil utiliti mereka sendiri.

Walaupun apartmen itu hanyalah berukuran 10 meter persegi namun IKEA mengatakan bahawa mereka telah bekerja keras untuk memanfaatkan sepenuhnya kawasan yang ada.

“Gunakan ruang menegak dengan baik,” kata syarikat itu menerusi laman webnya.

Ikea telah mempromosikan apartmen itu dengan ‘bantuan’ patung jerung yang dikenali sebagai Blahaj menerusi siri video di laman YouTube.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story