Siakap Keli
Gambar: Bernama

KPDNHEP Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Tular Tidak Sensitif

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam.

Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan yang tidak sensitif itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.

“Saya dengan jelas ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan rakyat perlu makan itik. Saya tidak pernah buat begitu, itu fitnah.

“Jadi, KPDNHEP telah membuat laporan polis mengenai isu ini dan saya kesal dengan perbuatan fitnah sebegini. Kalau terdesak pun, jangan lakukannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan terdapat satu kenyataan yang dibuat susulan sekeping gambar tular kononnya menunjukkan Nanta menggesa pengguna di Malaysia makan itik sementara menunggu kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam.

Sumber: BERNAMA

" "