Siakap Keli

Nak ‘Start’ Pelaburan Hartanah Tapi Tak Tahu Nak Yang Mana? Ini Jenis-Jenis Pelaburan Hartanah Yang Ramai Wajib Tahu

Korang sebagai seorang pelabur sudah semestinya ingin mencari aset yang lebih baik untuk melabur. Boleh dikatakan, pelaburan hartanah menjadi pilihan utama untuk ramai orang. Umumnya, pelaburan hartanah merupakan pelaburan yang dibuat dengan membeli satu-satu jenis hartanah khas bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada pembelian tersebut. Ianya sama ada untuk aliran tunai (cash flow) atau kenaikan harga hartanah (capital appreciation).

Kalau korang nak tahu, pelaburan hartanah di Malaysia ni antara pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan. Tapi, macam mana pula bagi korang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah ni? Mestilah korang kena rajin buat kajian dan belajar. Korang boleh mulakan dengan ketahui beberapa jenis hartanah yang korang boleh jadikan sebagai pelaburan.

Ada lima jenis pelaburan hartanah iaitu:

  1. Pelaburan Kediaman – Merupakan pelaburan ke atas hartanah hakmilik kediaman seperti kondominium, pangsapuri, rumah teres, dan pelbagai lagi jenis hartanah kediaman. Pelaburan jenis ini mungkin berstatus komersial tetapi dianggap sebagai hak milik kediaman kerana dilindungi di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA). Menariknya, pelaburan kediaman memberi peluang kepada para pelabur dan pembeli mendapat harga permulaan yang lebih rendah dan memperoleh margin pinjaman lebih tinggi (margin pembiayaan sehingga 100%) berbanding dengan pilihan pelaburan hartanah yang lain.
  2. Pelaburan Komersial – Pelaburan yang memiliki status hak milik komersial seperti lot kedai dan runcit, bangunan pejabat Small Office Versatile Office (SOVO), Small Office Flexible Office (SOFO), Small Office Lease Office (SOLO), Small Office Smart Office (SOSO) dan pelbagai lagi. Pelaburan ini hanya untuk kegunaan perniagaan, biasanya unit-unit tersebut disewakan kepada syarikat atau pemilik perniagaan kecil.
  3. Pelaburan Hartanah Industri – Sejenis pelaburan yang berbentuk gudang perindustrian kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengedaran di bawah perjanjian jangka panjang (long-term agreement). Pelaburan ini juga mempunyai kadar sewaan dan aliran tunai perkhidmatan yang tinggi untuk meningkatkan pulangan pelaburan kepada pemilik.
  4. Pelaburan Runcit – Pelaburan yang hampir sama dengan pelaburan komersial tetapi mempunyai perbezaan dari segi mekanisme dan lokasi utama. Lokasi bagi pelaburan ini adalah di pusat membeli-belah dan pusat-pusat perniagaan utama. Untuk maklumat korang, pelaburan runcit juga adalah gabungan antara pelaburan hartanah dan perniagaan.
  5. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) – Merupakan pelaburan yang masih baru dalam komuniti pelaburan hartanah yang mudah disertai tetapi dengan daya tarikan tersendiri. Pelaburan REIT bermaksud korang membeli saham syarikat pemilik hartanah yang mengagihkan pendapatannya sebagai dividen. Malahan, ia akan memilih industri yang sesuai dengan kehendak korang. Katakanlah kalau korang nak memiliki sebuah hotel, korang boleh mula melabur di hotel-hotel jenis REIT.

Pelaburan Kediaman Melalui Perumahan Teres (Harga Mampu Milik)

Kalau korang sebagai seorang pelabur dan berhasrat untuk membuat pelaburan dalam pelaburan kediaman, apa kata korang cuba tengok satu projek perumahan luar bandar terbaik yang menawarkan harga mampu milik daripada Hua Yang Berhad dan terletak di Bandar U Seri Iskandar di Perak.

Apa yang menarik lagi, ianya adalah projek yang menawarkan pembangunan rumah mampu milik terutamanya untuk penjawat-penjawat awam dan pasangan yang baru berkahwin.

Centaurea (Rumah Teres 1 ½ Tingkat)

  • Keluasan: Jenis A 20’ x 65’ dan Jenis B 22’ x 60’
  • Jumlah unit: 335 unit
  • Bilik: 4 buah
  • Bilik Air: 3 buah
  • Harga: dari RM 237,500*

Centaurea Fasa 2 kini dibuka untuk pendaftaran atas sambutan yang baik dari Centaurea Fasa 1 dan untuk memenuhi permintaan pembeli. Projek perumahan Centaurea turut menawarkan Skim Mudah Milik! Antaranya ialah tanpa kos pendahuluan, fi guaman, dan duti setem yang ditanggung oleh pemaju. Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dan promosi yang menarik, di LINK yang disediakan ini.

Klik pula di SINI kalau korang nak mengunjungi rumah contoh VR360 yang moden dan luas.

Kalau korang nak tahu, sebanyak 4,095 unit rumah teres, Semi-D, dan banglo telah dibangunkan di atas 777 ekar tanah di kawasan Bandar U Seri Iskandar serta dilengkapi dengan 375 unit pejabat dan premis komersial. Dengan harga yang mampu milik, pembangunan di bandar ini boleh dikatakan antara pelaburan yang menguntungkan!

Apa yang menjadikan Bandar U menarik?

Bagi korang yang berminat nak melabur dalam pelaburan kediaman, sudah pasti korang menginginkan sebuah kawasan kediaman yang mempunyai pelbagai akses dan fasiliti-fasiliti lengkap untuk memudahkan sebarang urusan. Kalau nak tahu, Bandar U dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk korang seperti:

Berhampiran laluan utama lebuhraya

  • Lebuhraya Ipoh-Lumut
  • Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Kemudahan pengangkutan awam

  • KTM Batu Gajah
  • Terminal Bas Seri Iskandar

Kemudahan untuk korang yang berminat shopping

  • Tesco
  • Econsave
  • D’ Mall

Kemudahan akses ke pejabat-pejabat kerajaan

  • Majlis Daerah Perak Tengah
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Iskandar
  • Lembaga Air Perak, Syariah Court SI
  • Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah
  • PTG Perak Tengah
  • JKR Perak Tengah
  • Pejabat RISDA

Berhampiran dengan pusat-pusat pendidikan

  • SMKA Sultan Azlan Shah
  • Kolej Vokasional Seri Iskandar
  • SMK Seri Iskandar, SK Seri Iskandar
  • SK Iskandar Perdana
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Kolej Professional MARA

Premis-premis komersial (makanan) dan hiburan

  • D’ecolake
  • mmCineplexes
  • KFC
  • Pizza Hut
  • McDonald’s
  • Domino’s
  • Secret Recipe
  • Subway

Fasiliti-fasiliti kesihatan

  • Klinik Kesihatan Seri Iskandar
  • Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Iskandar
  • Klinik Cure & Care
  • Agensi Antidadah Kebangsaan

Berminat dan nak mula melabur sekarang? Kalau berminat, apa kata korang pergi ke laman web Hua Yang yang disediakan di SINI untuk ketahui lebih lanjut mengenai projek perumahan. Korang boleh menghubungi Cik Dira  dan En. Terry atau kunjungi BUSI – Huayang Sales Gallery di alamat: No. 1, Jalan PP5, Bandar Universiti Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak. Tapi kalau korang betul-betul nak, korang juga boleh terus buat pendaftaran menerusi laman web yang disediakan INI.

Adib Mohd