Siakap Keli

“Untuk Membersihkan Harta…,” Panduan Kira Zakat Bisnes Dan Bayar Dengan Mudah

“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-Baqarah, Ayat 110.

Kewajipan membayar zakat adalah sama seperti mendirikan solat. Hal ini kerana zakat adalah rukun Islam ke-3 yang wajib ditunaikan.  Zakat perniagaan antara zakat yang wajib dibayar dan ia meliputi semua jenis perniagaan yang dijalankan sama ada menjual barang, menawarkan perkhidmatan atau menghasilkan bahan mentah. Semua hasil perniagaan tersebut wajib dizakatkan mengikut syarat-syarat wajib yang telah ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat Perniagaan:

(1) Islam

(2) Sempurna milik

(3) Cukup haul (cukup tempoh setahun dari tarikh perniagaan bermula)

(4) Cukup nisab (mencapai had minimum yang disandarkan kepada 85 gram emas pada harga semasa)

(5) Harta yang berkembang/produktif

(6) Niat diperniagakan (semua harta atau perkhidmatan yang diniatkan berniaga maka hasilnya termasuk dalam kategori zakat perniagaan)

(7) Harta Produk/Perkhidmatan Halal (hanya perniagaan yang halal wajib dizakatkan)

(8) Harta perniagaan tidak digunakan untuk kegunaan sendiri

Peniaga wajib membayar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 dari keseluruhan harta perniagaannya (tertakluk syarat dikenakan zakat) yang berbaki pada tarikh cukup haul.

Bagi memudahkan urusan, boleh juga tahu maklumat lanjut berhubung dengan zakat perniagaan ini dengan merujuk pada portal https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-perniagaan/  

Dah tahu berapa jumlah nak bayar? Jalankan tanggungjawab sebagai seorang peniaga muslim yang tahu tanggunjawabnya. Apa sahaja, ia kena ada niat untuk berniaga. Baik secara kecil-kecilan sehinggalah usahawan korporat.

Di waktu pendemik, digalakkan untuk membuat bayaran zakat secara online sahaja guna. Bermula dengan kiraan zakat di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-perniagaan/ Tak susah, tak payah buat temujanji di pejabat zakat, segalanya kini sudah lebih mudah. Hanya dengan klik link ini fpx.zakatselangor.com.my

Jika anda seorang peniaga atau usahawan mahupun korporat, pastikan anda membayar zakat ke atas perniagaan syarikat untuk membersihkan harta sambil membantu ummah. Terutama sekali asnaf yang bakal menerima hasil daripada bayaran zakat anda.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan perniagaan diberkati. Dengan berzakat, inilah tips atau resepi untuk perniagaan kita berkembang dan terus maju. Lagi kaya kita, lagi banyak zakat yang kita dapat keluarkan, lagi banyaklah bantuan dari Zakat Selangor berikan kepada golongan yang memerlukan.

Jangan lepaskan peluang juga untuk memenangi hadiah istimewa daripada Zakat Selangor menerusi kempen bulan ini sehingga 31 Disember 2021. Klik sekarang di https://my2point5.zakatselangor.com.my/

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.