Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Cacat Sejak Lahir, Wanita Saman Doktor & Tuntut Ganti Rugi Jutaan Ringgit, Dakwa Tak Nasihatkan Ibunya Ambil Asid Folik

Seorang wanita dilaporkan telah menyaman doktor yang menyambut kelahirannya kerana mendakwa bahawa doktor itu gagal memberitahu ibunya untuk mengambil suplemen penting yang boleh mengelakkan kecacatan yang dialaminya pada ketika ini.

Memetik laporan Daily Mail, wanita yang berusia 20 tahun itu menghidap spina bifida iaitu keadaan yang membuatkan keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah.

Dia telah mendakwa bahawa doktor tersebut tidak menasihati ibunya untuk mengambil asid folik sehingga menyebabkannya dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna.

Jumlah saman tidak dinyatakan namun difahamkan bahawa wanita itu telah menuntut ganti rugi sebanyak jutaan ringgit.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi di London, ibunya berkata bahawa dia telah pergi berjumpa dengan doktor itu pada Februari 2001 tetapi dia mendakwa tidak diberitahu mengenai kepentingan pengambilan asid folik untuk mencegah spina bifida.

Kebiasaannya, pakar perubatan akan menasihati bakal ibu mengenai kebaikan pengambilan suplemen asid folik sebelum hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan untuk mengelakkan risiko kecacatan tersebut.

Bagaimanapun, doktor yang bertugas di Hawthorn Medical Practice di Skegness itu menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa dia telah memberikan nasihat yang munasabah.

Dalam pada itu, wanita yang pernah memenangi Young Person Award itu mempunyai pergerakan yang sangat terbatas dan perlu menggunakan kerusi roda. Malah, dia juga mengalami masalah usus dan pundi kencing apabila meningkat dewasa.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story