Siakap Keli

Hanya Kerana Berak Merata, Mak Ayah Didakwa ‘Balun’ Anak Autisme Guna Paip Getah & Gayung Hingga Mati

Gara-gara membuang air besar merata, seorang kanak-kanak autisme di Indonesia dilaporkan telah dipukul oleh kedua ibu bapanya sehingga mati.

Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak 11 tahun itu telah dipukul dengan menggunakan gayung dan paip getah sepanjang 135 cm sebanyak dua kali di bahagian punggung.

Mangsa yang merupakan anak sulung itu telah ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia dengan kesan luka dan lebam pada bahagian badan.

Difahamkan, ibu bapanya telah hilang sabar kerana mangsa sering membuang air besar di merata tempat.

“Rabu lalu, kami mendapat maklumat mengenai kekerasan fizikal yang dilakukan terhadap kanak-kanak itu sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

“Anggota kami telah menangkap kedua-dua suspek,” kata ketua polis Muba, AKBP Alamsyah Pelupessy.

Mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut di bilik mandi kerana tidak dapat menahan amarah.

“Saya marah kerana dia membuang air besar merata dan saya memukulnya beberapa kali dengan kemuncaknya adalah ketika berada di bilik mandi,” kata ibu mangsa.

Sumber: Suara.com

Sofea

There's always another side to every story