Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Individu Tular Amalan Mandi Safar Akan Dipanggil Jakim- Ahmad Marzuk

KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang tular di media sosial, mengenai amalan mandi Safar dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

“Amalan mandi Safar adalah khurafat, dan perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan sahih Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.

“Ini antara amalan jahiliah yang kita kena buang dan ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.

Khamis lalu, tular di media sosial, kuliah agama seorang ustaz menerusi dalam talian mengatakan, mandi Safar adalah mandi pada Rabu terakhir bulan Safar sebagai usaha menolak bala.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim dan Jabatan Agama Negeri, supaya memantau kuliah agama oleh pemegang tauliah yang bebas mengajar di masjid dan disiarkan melalui media sosial.

“Pihak kita sudah ada perbincangan secara dalaman terhadap apa saja isu yang tular, dan kita memohon pihak berkuasa agama meneliti isi kandungan penceramah.

Jika masyarakat kita cuba hidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah ia kembalikan kepada zaman jahiliah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story