Siakap Keli
Gambar: Bernama

Varian Baharu: Perancis, Arab Saudi, Beberapa Negara Lain Larang Perjalanan Dari Afrika

PARIS, 27 Nov (Bernama) — Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19.

Pengembara dari Afrika Selatan, Lesotho, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Eswatini, tidak dibenar masuk ke Perancis, tanpa mengira status vaksinasi, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan strain baharu, B.1.1.529, sebagai “Varian Yang Membimbangkan” yang mencetuskan peningkatan mendadak kes COVDI-19 di Afrika Selatan.

Selain itu, pada Jumaat Arab Saudi turut mengumumkan larangan perjalanan keluar dan masuk dari tujuh negara Afrika, memetik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Penerbangan yang dibatalkan membabitkan negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Maghribi, Mesir dan Israel turut mengambil langkah yang sama bagi membendung penularan varian baharu itu.

Sumber: BERNAMA

" "