Seperti yang kita tahu, setiap haiwan yang hidup dalam ekosistem pasti saling bergantung antara satu sama lain, khususnya dalam kitaran makanan.
Tidak kurang juga, ada sesetengah haiwan dapat ‘memanfaatkan’ haiwan lain yang ‘menumpang’ di badannya seperti burung yang gemar bertenggek di badan kerbau.
Tahukah anda, hidupan marin juga mempunyai tabiat unik seperti itu. Salah satunya adalah seperti yang dikongsikan dalam video di bawah ini.
Laman Twitter Deep Water Life baru-baru ini berkongsi rakaman seekor jerung yang sedang ‘berehat’ sambil membiarkan rahangnya terbuka luas.
Dalam masa sama, terdapat seekor ikan yang jauh lebih kecil berada di dalam rahangnya dan kelihatan seperti ‘membersihkan’ sisa-sisa di celahan gigi jerung tersebut.
Situasi ini memberi gambaran hampir sama dengan tabiat manusia menggosok gigi. Pendek kata, begini rupanya cara jerung ‘menggosok’ gigi mereka. Unik kan?
Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 4,400 kali tontonan setakat ini. Mari kita hayati situasi unik sang jerung dengan si ikan kecil ini.
Nature’s toothbrush pic.twitter.com/dS9jDthtMJ
— Deep Water Life (@DeepWaterLife) November 26, 2021
Sumber: Twitter