Siakap Keli
Gambar: Allkpop

Wanita Terkejut, Dihubungi Peminat BTS Nak Beli Keretanya Yang Pernah Disentuh ‘Oppa’ Kim Tae-hyung

Pembaca Berita Pemenang Anugerah Emmy KTLA, Cher Calvin berkongsi terdapat peminat dari serata dunia yang bertanyakannya berkenaan keretanya yang disentuh oleh V atau Kim Tae-hyung, ahli kumpulan KPOP terkenal dunia iaitu BTS.

Kereta tersebut telah dipegang oleh V ketika mereka sedang membuat persembahan di laluan penjalan kaki ketika lampu sedang merah. Persembahan tersebut tidak asing lagi pada warga sekitar jika anda penonton setia The Late Late Show with James Corden’

Oleh itu, mereka yang sedang memandu akan mendapat tempat duduk hadapan ketika mereka membuat ‘konsert’ disitu. Antara salah seorang individu yang beruntung ialah Pemberita Cher Calvin.

Didalam sebuah video yang dia rakam dapat dilihat bahawa V memegang hujung keretanya ketika mereka sedang menari. Setelah itu, dia berkongsi gambar cap tangan V yang terdapat pada permukaan keretanya.

Cher turut menyatakan bahawa ramai peminat yang memintanya untuk menjual kereta tersebut. Tidak kurang juga komen peminat terhadap peristiwa itu, “Saya takkan basuh kereta saya,” “Dengkinya saya, saya rasa saya boleh gila,” dan ” Saya akan bayar sekarang juga, jadi tolonglah jual kereta itu pada saya.”

Sumber: Allkpop

 

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.