Siakap Keli

3 Kanak-Kanak Maut Di Tanzania Selepas Makan Daging Penyu

DAR ES SALAAM (Tanzania), 28 Nov – Tiga kanak-kanak maut selepas memakan daging penyu di Pulau Pemba di Zanzibar, Tanzania, lapor Agensi Berita Xinhua.

Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi, berkata 22 lagi yang lain dimasukkan ke hospital.

“Mangsa yang maut itu adalah daripada satu keluarga. Dua daripada mangsa yang dimasukkan ke hospital juga kanak-kanak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” kata Sadi sambil menambah daging penyu itu disyaki beracun.

Pegawai polis itu berkata sampel daging penyu itu telah dihantar kepada pihak berkuasa berkaitan untuk dianalisa.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang