Siakap Keli
Sumber: BERNAMA

BTS Tarik Ribuan Peminat Ke Stadium SoFi L.A. Menjelang Konsert ‘LIVE’ Pertama Sejak Pandemik Bermula

BTS iaitu kumpulan sensasi pop Korea yang terkenal dengan lagu hits seperti “Butter” dan “Dynamite” sedang berada di Los Angeles pada masa kini untuk mengadakan konsert bersemuka pertama mereka sejak dunia diserang wabak Covid-19 sebelum ini. Konsert ini telah menarik puluhan ribu peminat untuk berdiri dan berbaris di luar Stadium SoFi yang berpusing sepanjang satu batu itu.

Susulan konsert jelajah dunia kumpulan tujuh ahli tersebut pada tahun 2019 sebelum ini, rancangan kumpulan itu yang dinamakan Love Yourself: Speak Yourself, Permission to Dance On Stage: Live Play akan diteruskan dengan berlangsungnya konsert ini pada hari Sabtu dan Ahad ini, serta 1 dan 2 Disember 2021. Barisan di sekeliling stadium SoFi mula dibarisi oleh para peminat pada pagi Jumaat — lebih sehari penuh sebelum konsert — ketika gerai barangan kumpulan lelaki itu dibuka secara rasmi untuk prajualan.

Para peminat BTS yang digelar ARMY sememangnya terkenal dengan sikap dedikasi mereka yang sangat bersungguh-sungguh dalam memberi sokongan kepada kumpulan itu. Namun begitu, sesetengah peserta konsert di Los Angeles itu telah menjadi punca kekecewaan berhubung pengurusan penjualan tiket. Pada hari Khamis lepas, tiket tambahan untuk konsert Dance On Stage: Live Play tiba-tiba disediakan walaupun tiket konsert itu dinyatakan telah habis dijual selama beberapa bulan.

“Disebabkan pengeluaran produksi, tiket tambahan tersedia untuk BTS PERMISSION TO DANCE LA,” tulis satu notis di Ticketmaster. “Disebabkan bilangan tiket yang terhad, beberapa peminat yang disenarai waiting list sebelum ini telah dipilih secara rawak untuk menerima kod untuk dibeli daripada pengeluaran tiket lewat ini.”

Peminat menggunakan media sosial untuk meluahkan kemarahan kepada penjualan tiket lewat ini. Ramai peminat yang membalas tweet dari Stadium SoFi yang menunjukkan Ticketmaster sebagai peniaga eksklusif untuk penjualan tiket.

Ramai peminat telah menyatakan kebimbangan terhadap harga jualan semula yang tinggi, manakala beberapa yang lain mengeluh bahawa mereka telah membeli tiket untuk persembahan di lokasi lain atau membuat perancangan pada hari-hari lain dengan andaian bahawa adalah mustahil untuk mendapatkan tiket yang lebih dekat dengan tarikh konsert itu.

Pengeluaran tiket lewat adalah amalan yang agak biasa dalam industri muzik atas pelbagai alasan termasuklah ruang tempat duduk tambahan yang dicipta berikutan perubahan yang dibuat pada koreografi dan aspek lain dalam pertunjukan secara langsung. Walaupun pelepasan tiket lewat bukanlah perkara baharu untuk persembahan secara langsung, kekecewaan daripada peminat boleh difahami berikutan perasaan ghairah yang tinggi daripada para peminat kepada kumpulan seyangan mereka, BTS.

Wakil dari BTS tidak serta-merta menjawab permintaan para peminat untuk memberi komen mengenai penjualan tiket pada saat akhir.

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.