Siakap Keli
Gambar Hiasan via Xinhuanet

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda 11 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4:45 petang tadi dan amaran tersebut dijangka sehingga 9 malam ini. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Beralih ke negeri Perak, antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Kelantan pula membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang & Pasir Puteh.

Di Terengganu pula hanya melibatkan dua daerah iaitu Besut dan Setiau manakala di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Selain itu, di Selangor hanya melibatkan Hulu Selangor yang dijangka dilanda ribut petir sehingga jam 9 malam. Kawasan dijangka terlibat di negeri Johor pula adalah Segamat dan Mersing.

Bagi negeri di Sarawak pula melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song & Kapit) dan Limbang. Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Keningau, Tenom, Beaufort, Tambunan) & Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau), Tawau & Sandakan.

Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: MET Malaysia

Nadhirah