Siakap Keli

Ibu Tidak Makan Asid Folik, Terdedah Risiko Bayi Cacat Bermula Seawal Satu Bulan Kehamilan

Seperti yang diketahui, pengambilan asid folik sangat penting bagi wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil dalam tempoh terdekat.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, masih ramai ibu-ibu dan bakal ibu tidak mengetahui kepentingan pengambilan asid folik ini yang boleh membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).

Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi iaitu dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan. Malahan ia juga boleh terjadi sebelum ibu menyedari kehamilan mereka.

Gambar Sekadar Hiasan

Tahukah anda, supplemen ini bertujuan untuk mengelak bayi anda mendapat kecacatan pada tiub saraf atau NTD. Dan proses kecacatan ini bermula seawal 1 bulan kehamilan.

NTD adalah seperti;

  • Encephalocele
  • Spina bifida
  • Anencephaly

Kecacatan seperti anencephaly di mana tempurung kepala tidak berkembang dan tertutup.

Ini mendedahkan otak bayi dan seterusnya menyebabkan ia tidak terlindung daripada air ketuban dan hakisan. Tisu otak yang lembut ini akan hancur dan hilang.

Bayi yang akan dilahirkan ini adalah bayi tanpa otak. Disebabkan bayi memerlukan otak untuk bernafas selepas bersalin, bayi anencephaly ini tidak mampu dan terus meninggal.

Bagaimana ia boleh dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan seawal penghujung trimester pertama atau awal trimester kedua dengan menggunakan ultrasound. Semua ini boleh dicegah dengan mengambil folic acid.

Anda perlu mengambil asid folik seperti berikut:

  • 1 bulan sebelum mengandung.
  • Sepanjang trimester pertama dan seterusnya

Pada bakal-bakal ibu atau yang merancang untuk mendapatkan anak bolehlah mulakan ye.

P/s: Asid Folik bukan untuk;

  • Mudah hamil
  • Pil kesuburan

Khasiat lain Asid Folik adalah;

  • Membantu pembentukan sel baru.
  • Membantu perkembangan sel darah merah dan mencegah anemia yang disebabkan kekurangan folate.
  • Mengurangkan risiko cleft palate, penyakit jantung kongenital, dan kelahiran pramatang.

Sumber: PHM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang