Siakap Keli
Gambar: Instagram @majeliskopi08

(Video) Mungkin Gemuruh, Pengantin Tersasul Sebut ‘Set Peralatan Sekolah’ Sebagai Mas Kahwin Ketika Lafaz Akad

Sebuah video telah tular di media sosial baru-baru ini akibat seorang pengantin lelaki yang tersasul di saat melafazkan akad nikahnya. Lelaki tersebut dikatakan menyebut ‘set peralatan sekolah’ sebagai mas kahwin, memetik laporan BeritaHits.Id.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram @majeliskopi08, kelihatan seorang pengantin lelaki dari negara seberang yang lengkap berpakaian putih sedang melangsungkan majlis akad nikahnya.

Pada awal video, wali sedang membacakan doa dan ijab kabul lalu diikuti oleh si pengantin lelaki. Tetapi, pengantin lelaki malah tersilap cakap.

“Aku terima nikahnya Yuliana dengan mas kahwin seperangkat peralatan sekolah” yang membawa maksud aku terima nikahnya Yuliana dengan mas kahwin satu set peralatan sekolah, kata pengantin itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media video (@peristiwa_sekitar_kita)

Mungkin kerana terlalu gementar, pengantin lelaki itu tersilap cakap dan menyebabkan orang ramai yang berada di situ tertawa melihat situasi itu.

Sumber: BeritaHits.Id

" "