Siakap Keli
Gambar : TikTok wawasuhenda

(Video) Setahun Menabung, Lelaki ‘Usung’ Guni Penuh Duit Syiling, Beli ‘Cash’ Motosikal Lebih RM5k

Setiap manusia pasti ingin memiliki barang yang diimpikan. Pelbagai cara yang akan kita lakukan demi mengumpul wang tersebut walaupun terpaksa berhempas pulas.

Sama juga seperti seorang lelaki dari negara seberang yang berjaya membeli motosikal baharu secara tunai dengan menggunakan seguni syiling, lapor Hits Suara.

Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok wawasuhenda, lelaki tersebut telah mengumpul duit syiling di dalam satu guni sebanyak Rp. 18 Juta ( RM5,293.34).

Dalam video itu, dapat dilihat seorang peniaga telah memunggah guni yang dipenuhi dengan wang syiling.

“Beli sebuah motosikal secara tunai dengan hanya menggunaakan dut syiling sebanyak Rp. 18 Juta ( RM5, 293.34).

Pembeli tersebut telah menggunakan duit syiling tersebut untuk membayar motosikal secara tunai. Wang tersebut telah dibungkus di dalam beberapa plastik.

Memetik daripada laporan Hits Suara, pembeli tersebut sanggup mengumpul wang selama setahun untuk membeli motosikal idamannya.

@wawasuhenda

#nabungchallenge

♬ suara asli – Wawasuhenda – Wawasuhenda

Video itu telah mendapat perhatian warga net dan telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 41.3k.

Sumber : Hits.suara.com

Fathin Nadzira