Siakap Keli

“Automatik Makanan Keluar Sendiri,” Beli Je ‘Auto Cat Feeder’ Ni Kalau Nak Jalan-Jalan, Tak Risau Kucing Lapar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang ambil keputusan untuk pergi bercuti atau balik ke kampung setelah kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas daerah serta negeri kan?

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharan di rumah, mesti risau untuk tingal haiwan kesayangan mereka dalam tempoh masa yang lama. Bukan tak mampu untuk hantar ke ‘asrama’ namun jika di rumah memeiliki lebih dari tiga ekor kucing atau anjing pasti ia akan menelan kos yang tinggi.

Keputusan untuk tinggalkan mereka bebas di rumah lebih selamat kerana kucing pastinya bebas daripada sebarang jangkitan penyakit berjangkit. Malah mereka ini lebih rasa selesa di rumah sendiri.

Sebenarnya ada jalan penyelesaian untuk kucing cukup makan dan minum di rumah nanti. Ya, percaya atau tidak ada satu alat yang sangat membantu untuk pastikan kucing di rumah tidak kelaparan dan makan ikut waktu.

Jadi, sebelum korang tinggalkan kucing-kucing kesayangan ini pastikan anda telah mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’ yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing.

“Yang bela kucing boleh consider beli benda ni. Install apps, setting masa semua lepas tu automatik makanan akan keluar sendiri.”

Jadi, tak risau kucing tak makan kalau kita keluar jalan-jalan. Kalau korang berminat untuk membeli boleh klik di sini

 

Sumber: Hfz Zahra Shatry

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang