Sebagai pemilik dan juga pemandu kereta, penyenggaraan merupakan asas penjagaan kereta yang sangat penting terutama sekali jika anda ingin travel atau berjalan jauh. Namun, ada juga segelintir pemandu yang langsung tidak peduli untuk memeriksa atau servis kereta sebelum memulakan perjalanan.
Menerusi perkongsian di Twitter Work&Co, ini tips yang anda boleh gunakan untuk menjaga kereta anda. Jika ia tidak dijaga, akan lebih banyak yang rosak dan ia memakan lebih banyak kos untuk diservis atau dibaiki.
1. Pemeriksaan keadaan minyak petrol atau diesel
Periksa indicator minyak. Bagi perjalanan jauh, sila pastikan minyak diisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tank.
2. Pemeriksaan keadaan minyak enjin

Cabut dipstick dan bersihkan. Kemudian pasang semula dan periksa ketinggian minyak hitam supaya ia berada pada level minimum dan juga maksimum. Tambahkan minyak enjin sekiranya level minyak berada di bawah tanda minimum.
3. Pemeriksaan kandungan minyak brake
Periksa level minyak brake, ia sepatutnya berada di antara minimum dan maksimum. Sekiranya kurang, tambahkan. Walau bagaimanapun, hati-hati dan jangan sampai minyak tumpah pada badan kereta.
4. Pemeriksaan minyak power steering

Periksa level minyak power steering pada tabung, ia seharusnya di antara tanda minimum dan juga maksimum. Tambahkan sekiranya kurang. Periksa juga minyak power steering, sekiranya warna keemasan bermakna ia ok. Tetapi sekiranya ia berwarna gelap, ganti minyak tersebut.
5. Pemeriksaan air radiator (coolant)

Periksa jumlah air radiator. Sama seperti minyak yang lain, ia seharusnya berada di antara tanda minimum dan maksimum. Tambahkan minyak jika kurang. Pastikan air radiator tidak lebih dari aras sepatutnya supaya air coolant tidak melimpah keluar.
6. Pemeriksaan fungsi wiper

Buka tutup pengisian air wiper, isi sampai penuh. Untuk elakkan nozzle daripada tersumbat, guna air suling atau air mineral. Sekiranya anda nak tambah sabun cairan Windshield Washer Fluid adalah lebih baik.
7. Periksa getah wiper
Periksa getah wiper. Hidupkan motor wiper dan pancutkan air pada nozzle dan lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
8. Pemeriksaan aircond sistem
Hidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Periksa kipas pendingin condenser, ia seharusnya berputar. Kemudian periksa sign glass, ia tidak boleh ada buih udara didalamnya. Sekiranya ia berbuih, itu tandanya gas dah nak habis atau terdapat kebocoran gas pada paip.
9. Pemeriksaan drive belt, aircond belt dan kipas berfungsi
Drive belt merupakan tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully aircond, kipas radiator, alternator dn compressor AC. Sekiranya di tepi-tepi drive belt sudah berbenang dan berbulu, ia sepatutnya ditukar. Hidupkan enjin dan pastikan fungsi kipas berjalan lancar.
Untuk lebih mudah faham, anda boleh baca perkongsian tips ini di twitter Work&Co.
Tips Penjagaan Kereta 🚗
Yang nak travel or jalan jauh, jangan tahu bawa or asal bergerak saja. Kalau dah rosak, lagi banyak habis duit nak repair. pic.twitter.com/QB5Zbdhym4
— Work&Co® #ResumeMurah (@worknco) November 27, 2021
Sumber: Twitter