Siakap Keli
COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

TERKINI: 4,087 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,087 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,627,903 kes.

Kes positif harian di Malaysia menunjukkan setakat petang ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,239 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 77.7 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 93.3 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri