Siakap Keli

TERKINI: Jepun Tutup Semula Sempadan Mulai Esok

Jepun akan menutup semula sempadannya kepada pelancong luar termasuklah kepada ahli perniagaan dan pelajar asing mulai Selasa (esok).

Tindakan ini sebagai langkah untuk membendung daripada gejala varian baharu Covid-19 iaitu Omicron tersebar berleluasa di negara tersebut.

Berdasarkan laporan, pengumuman ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menter Jepun, Fumio Kishida hari ini.

Negara ini merupakan negara pertama di Asia yang menutup semula sempadannya akibat kebimbangan varian Omicron menular di negara tersebut.

 

Sumber: Independent

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang