Siakap Keli
Gambar via YouTube & Google

(Video) “Sabun Paling Ganas..,” Boleh Ke Basuh Kereta Guna Sabun Basuh Pinggan? Ini Penjelasan Dr Hasbullah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang memiliki kenderaan empat roda mesti korang berasa stress dan tak keruan bila kenderaan terlihat kotor walaupun baru dicuci kan? Kalau boleh kereta tu nak sentiasa nampak bersih dan berkilat.

Selain hantar kereta ke car wash, masih ada di antara kita yang ambil jalan tengah dengan cuci kereta sendiri di rumah. Walaupun cara ni agak renyah dan memenatkan berbanding hantar car wash, tapi sambil-sambil tu boleh sihatkan badan juga.

Pun begitu, masih ramai yang pilih untuk cuci kereta sendiri tapi abaikan pemilihan sabun cuci kereta. Ada jugak yang main taram pakai sabun cuci pinggan buat cuci kereta sebab sabun tu je yang sentiasa ada kat rumah. Persoalannya, boleh ke tak sebenarnya guna sabun cuci pinggan untuk basuh kereta? Sama-sama sabun jugak kan?

Sabun cuci pinggan sabun paling ‘ganas’

Menurut perkongsian Dr Hasbullah Syarah di channel YouTube miliknya, sabun cuci pinggan adalah sabun yang paling ‘ganas’ kerana ia berfungsi untuk menanggalkan kotoran degil seperti sisa makanan dan minyak pada pinggan.

Kebanyakan pinggan mangkuk diperbuat daripada kaca yang materialnya jauh lebih kuat. Berbeza pula dengan body kereta yang dilapisi wax atau sealant yang mempunyai fungsi khas untuk melindungi cat kereta.

Oleh sebab itu, kalau sabun basuh pinggan ni digunakan untuk cuci kereta, ia akan menghakis wax atau sealant di permukaan cat. Sealant merupakan lapisan yang menaikkan warna cat dan buat body kereta nampak berkilat. Kalau sealant ni tertanggal, maka cat kereta korang akan nampak pudar.

Wiper jadi kesat

Kalau korang perasan, lepas basuh kereta sendiri kat rumah pakai sabun cuci pinggan ni, wiper akan jadi kesat sampai berbunyi cermin depan kereta. Menurut penjelasan Dr Hasbullah, sabun cuci pinggan membuatkan kereta terlalu bersih sampai ‘makan’ wax pada cermin kereta korang.

Kesimpulannya, penggunaan sabun cuci pinggan untuk basuh kereta ni kalau pakai sekali dua mungkin tak nampak kesan buruknya, namun jika sentiasa diamalkan dalam jangka masa panjang boleh menghakis lapisan perlindungan pada kereta korang.

Tapi apa salahnya kan kalau beli sabun cuci kereta yang korang boleh dapat dengan harga belasan ringgit je. Tambahan pula, sabun cuci kereta yang dijual di pasaran tak kira mahal ataupun murah mengandungi bahan tambahan yang sangat penting untuk permukaan kereta korang.

Nak tahu lebih lanjut apa keistimewaan yang ada dalam sabun cuci kereta dan apa alat-alat yang betul untuk basuh kereta di rumah, tonton video penuh Dr Hasbullah Syarah di bawah ini.

Sumber: Dr Hasbullah Syarah

Eyla Azri