Pernah tak korang tengok Whatsapp Status kawan korang? Mesti pernah kan. Ada masa tu status yang kawan korang post mesti dalam bentuk video kan?
Kadang-kadang tu bila tengok status Whatsapp yang perlu baca panjang, tak sempat sebab ada tempoh yang ditetapkan. Jadi terpaksalah kita tahan guna jari supaya status Whatsapp tu ‘pause’ sebentar.
Samalah seperti video status Whatsapp, bila nak ‘pause’, mesti tahan guna jari kan. Tapi tahu tak sebenarnya korang boleh je ‘pause’ video status Whatsapp tanpa perlu tahan guna jari?
Satu video daripada akaun TikTok @bossadrian_derisogadget ada berkongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selalu orang guna satu jari untuk tap pada video dan tekan lama sebab nak pause tapi kali ini selepas melihat video perkongsian ini, kita hanya perlu ikuti dua langkah mudah. Apa yang kita perlukan hanyalah 3 jari, hold, dan tarik ke bawah sedikit sahaja.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton perkongsian video di bawah.
@bossadrian_derisogadget Android saja boleh #tiktokmalaysia #foryoupage #gadgetstouse #gadgetlover #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #smartphonehack #androidhacks #smartphonetricks #whatsapptricks
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan perkongsian video itu. Malah ada juga yang teruja kerana baru tahu cara untuk pause status WhatsApp Story.




Sumber: Tiktok @BossAdrian_derisogadget