Siakap Keli
Gambar via Bernama

ASNB Umum Agihan Pendapatan Untuk Dana Harga Berubah ASN Imbang 1

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan 2021 yang berakhir hari ini.

Menurut ASNB, ASN Imbang 1 merekodkan pulangan sebanyak 6.92 peratus, melebihi penanda arasa iaitu sebanyak 7.13 peratus. Dana tersebut membayar pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta yang bersamaan 2.74 sen seunit kepada 44,752 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Imbang 1 adalah berdasarkan unit yang dipegang dan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 26 November 2021. Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2021.

Oleh itu, urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh Malaysia telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 26 hingga 30 November 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB, melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2021.

Sumber: Amanah Saham Nasional Berhad

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.