Siakap Keli
Gambar: Liza Latib via MATJHN

Dijamin Lembut & Sedap, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Putu Bambu Macam Beli Di Kedai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun dunia kini sudah moden, namun makanan tradisional masih lagi menjadi pilihan ‘tekak’ orang-orang kita hingga ke hari ini. Sebut saja kuih apa, karipap, pau sambal, onde-onde, popiah, semuanya masih digemari ramai.

Ada satu jenis kuih tradisi yang sukar nak dijumpai tapi tetap menjadi pilihan, iaitu putu bambu. Biasanya orang akan jual putu bambu di pasar malam. Tapi apa kata kalau kita cuba buat sendiri di rumah, kan?

Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi putu bambu seperti yang dikongsikan oleh Liza Talib di Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di bawah ini. Bolehlah buat santapan minum petang nanti. Selamat mencuba!

Resipi putu bambu

Saja nak share idea minum petang. Buat sendiri lebih seronok. Nak buat banyak mana, besar mana, manis or kurang manis terpulang.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • sedikit garam
  • air masak secukupnya
  • gula merah
  • daun pandan

Cara-caranya:

  1. Uli tepung beras dan garam dengan air masak sehingga jadi tekstur seperti serbuk roti, kemudian tapis adunan dalam penapis sambil menekan menggunakan sudu supaya tekstur lebih berderai (tekstur tepung akan jadi berderai dan lembab)
  2. Buat acuan guna daun pisang atau boleh juga guna acuan apam
  3. Masukkan tepung kemudian gula merah dan tepung semula. Tak perlu tekan tepung. Kemudian kukus, air kukusan diletakkan daun pandan. Kukus dalam 15 ke 20 minit. Hidang dengan kelapa.

Berikut di bawah adalah lampiran gambar-gambar untuk rujukan anda semua.

Gambar: Liza Latib via MATJHN
Gambar: Liza Latib via MATJHN
Gambar: Liza Latib via MATJHN
Gambar: Liza Latib via MATJHN
Gambar: Liza Latib via MATJHN
Gambar: Liza Latib via MATJHN

Sumber: Liza Latib melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.