Tindakan seorang pelajar lelaki yang membantu ibunya mengurus segala urusan di rumah kerana ibunya sakit perlulah dicontohi oleh anak muda pada masa kini. Pelajar lelaki yang bernama Abdul Fatul Rahim Norisham berusia 14 tahun telah mengambil tugas ibunya untuk mengurus rumah apabila ibunya telah disahkan menghidap kanser otak. Abdul Fatuh dan ahli keluarganya telah menetap di Taman Lagenda, Padang Serai, Kedah.
Abdul Fatuh melakukan kerja-kerja rumah termasuklah memasak sebelum berangkat ke sekolah pada setiap hari sejak lima tahun lalu. Dia yang juga seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Lela Pahlawan, Padang Serai memberitahu bahawa dirinya akan membeli barangan basah seperti sayur dan ikan di pasar mini berhampiran sebelum ke sekolah.
“Pulang ke rumah saya menyiang ikan dan membasuh sayuran sebelum dimasak. Namun saya hanya masak resepi yang mudah seperti menggoreng ikan dan sayur lemak. Jika resepi yang ibu minta agak sukar, saya sediakan bahan terlebih dahulu sebelum kakak saya, Nurfarahain, 15, memasak selepas pulang dari sekolah,” kata Abdul Fatuh.
Tambah Abdul Fatuh lagi, dirinya tidak berasa kekok untuk melakukan pelbagai kerja rumah demi membantu ibunya yang turut menghidap beberapa penyakit lain seperti kanser otak, masalah tulang belakang dan kelenjar air liur sejak lima tahun lalu. Bapa Abdul Fatuh iaitu Norisham Ghazali berumur 53 pula merupakan orang kurang upaya (OKU) dengan mengalami kecacatan pada bahagian kaki kanan selepas kemalangan jalan raya pada 2013 serta mempunyai masalah jantung.
Menurut Haniza, dia terjatuh di rumahnya pada minggu lalu sehingga menyebabkan kaki kanannya retak sehingga sukar untuk berjalan manakala suaminya pula terkena serangan jantung baru-baru ini.
“Suami saya bekerja di sebuah kedai menjual kereta terpakai dengan gaji harian sebanyak RM30 sehari. Saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Kedah sebanyak RM500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula RM600 manakala suami menerima bantuan OKU sebanyak RM450. Hasil wang bantuan itu dia membayar sewa rumah sebanyak RM450 serta perbelanjaan harian serta persekolahan anak-anaknya,” tambah Haniza.
Haniza memberitahu bahawa dia mempunyai enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan berusia 21 tahun sehingga lapan tahun. Seramai lima anaknya masih belajar iaitu Nurfarahiyah Masyitah, 18, yang menuntut di sebuah universiti awam, Nurfarahain, 15, Abdul Fatul Rahim, 14, Abdul Aisyh Rayan, 10, dan Nurkasih Aisyh Zahra, 8.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut boleh menghubungi Haniza di talian 010-8068269.
Sumber: Utusan Malaysia