Siakap Keli
Gambar: Bernama

Jangkitan JE Di Kedah Tidak Membimbangkan – Exco

ALOR SETAR, 30 Nov (Bernama) — Kes jangkitan ‘Japanese Encephalitis’ (JE) di Kedah tidak membimbangkan dan masih dalam keadaan terkawal, namun masyarakat di negeri ini dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak daripada dijangkiti virus itu.

Exco Kesihatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata dari tempoh 1 Jan hingga hari ini sebanyak 10 kes jangkitan JE dilaporkan di Kedah dengan melibatkan tiga kes kematian.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melaporkan dua kematian akibatan jangkitan JE di daerah Kotar Setar pada 18 dan 25 Nov lalu dan satu kes maut tahun ini melibabtkan seorang kanak-kanak di daerah Pendang.

Justeru, katanya, JKN negeri telah melaksanakan tindakan kawalan di kawasan yang telah dikenal pasti bagi mengelakkan wabak berkenaan menjangkiti lebih ramai orang selain mengawal pembiakan nyamuk Culex.

Tambah beliau antara simptom JE termasuk demam, sakit kepala, sakit badan dan dalam sesetengah kes boleh menyebabkan pesakit koma sebelum meninggal dunia.

Terdahulu, Dr Mohd Hayati merasmikan majlis apresiasi sempena sambutan ‘World Clean Up Day’ dan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Peringkat negeri di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right