Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

KKM Nafi Mesej Tular Kes Covid-19 Varian Omicron Dikesan Di Perak

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial mendakwa varian baharu Covid-19, Omicron mula dikesan di Perak.

KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada lagi kes Covid-19 dengan 32 mutasi ‘spike’ protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta di kesan di Malaysia.

Justeru itu, pihak KKM meminta kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat palsu daripada sumber yang tidak sahih sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat tentang wabak ini.

Terdahulu, varian baharu itu dilaporkan telah mencetuskan ledakan kes Covid-19 di India. Oleh itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam satu perkongsiannya berkata pelancong daripada 7 negara ini Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, South Africa dan Zimbabwe tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang