KL City FC berjaya cipta sejarah apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi bola sepak tempatan iaitu JDT untuk merangkul gelaran juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Perlawanan tersebut bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk cuba menembusi gawang masing-masing.
Walaupun demikian, kedua-duanya terpaksa akur terikat dengan tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.
Namun selepas separuh masa kedua, pasukan KL City FC dilihat mula beraksi garang dengan menekan pertahanan pasukan JDT sehingga akhirnya berjaya menjaringkan dua gol menerusi Zhafri Yahya (66) dan Paulo Josue (74).
66′ GOL | Zhafri Yahya menyudahkan hantaran J. Partiban untuk gol pembukaan malam ini!@KLCityFootball 1-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/SxxJiTdroj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2021
74′ GOL | Kapten pasukan, Paulo Josue menggandakan kelebihan KL City FC!@KLCityFootball 2-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/2zfoBc8zVp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2021
Jaringan dua gol tersebut telah membuatkan pasukan JDT terpaksa berputih mata untuk merangkul gelaran juara.
Kemenangan itu sekali gus telah menamatkan penantian pasukan KL City FC selama 32 tahun untuk menjulang piala keramat berkenaan.
After 32 years – The cup is OURS!
CHAMPIONS of Final TM Piala Malaysia 2021!! #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/xZt9zN6nhN
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 30, 2021
Sumber: @KLCityFootball